APA ITU PROGRAM DENGUE PATROL?
Program Dengue
Patrol 2014 untuk Sekolah Rendah adalah hasil kerjasama bersepadu semua
pihak untuk memastikan warga sekolah dan masyarakat
setempat bebas dan selamat daripada serangan nyamuk aedes. Pihak sekolah berusaha untuk menerangkan punca
dan bahaya denggi terhadap para pelajar, keluarga, masyarakat dan negara.
Program Dengue Patrol ini merupakan program yang dirancang khas
selama 6 minggu untuk memberi maklumat, di samping menjalankan
aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah kepada semua pihak.
OBJEKTIF
1 Pelajar dapat mengetahui dan
menyedari bahaya denggi dan kesan-kesannya.Berusaha menyampaikan maklumat yang tepat dan berterusan
berkaitan aedes.
2 Dapat menyemai sikap
tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran daripada jangkitan denggi.
3 Membentuk
pelajar dan masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran mereka dan bertindak dengan segera.
No comments:
Post a Comment